Selasa, 18 Februari 2014

KESAN-KESAN KEDATANGAN PENDATANG ASING TANPA IZIN KE MALAYSIA

          Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Oleh yang demikian, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Kedatangan pendatang asing semakin ketara pada tahun 1980-an. Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Mejoriti mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Kebanjiran pendatang asing sama ada secara sah atau pun haram memberikan impak dan telah menimbulkan kebimbangan kepada Negara. Kedatangan pendatang asing tanpa izin telah menbawa pelbagai kesan negativ kepada Negara dan masyarakat.

          Salah satu kesan kedatangan pedatang asing ke Malaysia ialah nenimbulkan masalah jenayah. Kes-kes jenayah seperti, meragut, merompak, merogol dan mencuri memang tidak dapat dinafikan semakin berleluasa. Walaupun semua jenayah ini bukan semestinya berkaitan dengan pendatang asing tetapi hubungannya dengan pendatang asing juga tidak dapat dipisahkan. Kegiatan-kegiatan jenayah yang sering berlaku bukan sahaja mengancam keselamatan diri sendiri malahan juga akan menjejaskan imej negara kita. Kegiatan-kegiatan jenayah semakin serius akan membimbangkan semua lapisan masyarakat tidak mengira orang itu lelaki atau perempuan, muda atau tua, kaya atau miskin juga akan menjadi salah satu mangsa yang tidak berdosa. Contohnya, apabila pendatang asing menghadapi masalah kewangan, mereka akan merompak atau mencuri wang untuk menyelesaikan masalah mereka. Akhir kata, salah satu keburukan pendatang asing ialah menimbulkan masalah sosial iaitu jenayah.

         Selain itu, pendatang asing datang ke Malaysia juga akan menyebabkan pendapatan negara berkurang. Tidak dapat dinafikan punca utama pendatang asing datang ke Malaysia ialah untuk bekerja dan mencari rezeki. Senario ini telah menyebabkan wang tempatan mengalir ke negara asal mereka.Ini kerana apabila mereka mendapat gaji, mereka mestinya mengirim sebahagian duit gajinya balik ke negara asal mereka bagi keluarga mereka. Hal ini, telah menyebabkan pendapatan negara setiap tahun merugi beribu-ribu juta dalam keadaan ini. Jika fenomena ini terus berlaku lagi dan tidak ada pihak yang mengambil tindakan yang sewajar, saya percayaila suatu hari nanti ekonomi negara juga akan terjejas disebabkan oleh situasi ini.

           Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

         Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

         Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap malam buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

         Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

        Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.

         Kesimpulan, kedatangan pekerja asing tanpa had boleh membawa kesan buruk kepada egara. Namun, demi menyelesaikan masalah pekerja asing, semua pihak harus memainkan peranan mereka dengan baik supaya hanya pekerja asing yang sah yang berada di negara. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan patutlah mengkaji segala aspek dari segi politik, sosial dan ekonomi supaya kemasukan pekerja asing ini dapat dimanfaatkan unuk pembangunan negara. Oleh itu,langkah yang drastik dan signifikan harus difikirkan bersama agar bilangan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia dapat di bendung dengan jayanya.




9 ulasan: