Isnin, 25 November 2013

FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN PENDATANG ASING TANPA IZIN KE MALAYSIA



          Pendatang asing terbahagi kepada pendatang asing yang datang dengan izin, iaitu dengan menggunakan dokumen yang sah dan pendatang asing yang datang ke Negara ini tanpa izin iaitu tanpa dokumen yang sah. Kedatangan pendatang asing semakin ketara pada tahun 1980-an. Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Mejoriti mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Kebanjiran pendatang asing sama ada secara sah atau pun haram memberikan impak dan telah menimbulkan kebimbangan kepada Negara. Kedatangan pendatang asing tanpa izin disebabkan pelbagai faktor yang mendorong tarikan mereka untuk datang ke Malaysia.

         Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.

          Di samping itu, faktor-faktor kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia ialah permintaan buruh tidak mahir yang tinggi merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Permintaan tinggi datangnya dari sektor perladangan dan pembinaan. Menurut kajian Persatuan Bersatu Malaysia (UPAM), sektor perladangan kelapa sawit dan getah mengalami kerugian pendapatan sebanyak RM370juta antara tahun 1980 hingga 1985 disebabkan kekurangan pekerja. Sektor pembinaan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak rentetan daripada pembangunan pesat Negara. Rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja di dalam sektor pertanian dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membuka peluang kemasukan buruh asing ke Malaysia.

         Kestabilan ekonomi Negara juga merupakan salah satu faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan melebihi 8% untuk lapan tahun berturut-turut didorong antara lain kepesatan bidang ekonomi berkaitan dengan perindustrian, perladangan dan perkhidmatan. Tenaga buruh amat diperlukan di Malaysia. Hingga Mac 1993, seramai 444000 orang buruh asing telah masuk ke Malaysia. Sementara itu, seramai 886000 buruh asing telah masuk ke Malaysia secara tidak sah antara bulan Jun 1991 hingga September 1994.      

          Faktor lain ialah dasar kerajaan terhadap pekerja asing juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Kerajaan turut membenarkan kemasukan sesetengah pekerja asing ke Malaysia untuk bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan permintaan buruh terpaksa dipenuhi untuk meneruskan aktiviti perekonomian dan mengelakkan kerugian dalam sektor-sektor tertentu. Pada bulan Mei 1984, kerajaan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Indonesia tentang penawaran tenaga kerja dengan had tempoh bekerja selama dua tahun. Tambahan pula, keperluan negara juga terhadap permintaan ke atas tenaga buruh mahir masih tinggi di Malaysia akibat keperluan kepakaran dalam bidang teknologi, perubatan, teknologi maklumat, ekonomi dan sebagainya. Keperluan mereka diperlukan untuk membolehkan rakyat tempatan menimba pengalaman, pengetahuan dan membantu pembangunan Negara dalam menuju era globalisasi.

         Sikap majikan dan pengusaha juga merupakan faktor tarikan kemasukan pekerja asing dalam negara. Golongan ini kebanyakannya lebih berminat mengupah buruh asing yang lebih murah dari Indonesia, Filipina dan Thailand. Majikan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar KWSP dan insurans, ganti rugi atau pampasan kerana pekerja asing tidak diperuntukkan di bawah Akta Buruh. Pekerja asing yang tidak berdaftar juga tidak akan membuat aduan kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa. Majikan juga boleh memberhentikan mereka pada bila-bila masa.

         Faktor yang menyebabkan mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Di Negara asal pekerja asing, penawaran buruh melebihi permintaan. Keadaan ini menyebabkan upah yang lebih rendah. Contohnya, di Indonesia, pekerja ladang dibayar 2000 rupiah, iaitu lebih kurang RM3 sehari. Kos hidup yang tinggi menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi dan seterusnya mendorong mereka berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan pembayaran upah yang lebih tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan.

          Kesimpulan, pelbagai faktor yang telah membawa kedatangan pekerja asing ke Malaysia. Tidak dinafikan  ada kebaikan dan keburukannya kedatangan mereka. Namun demi menyelesaikan masalah pekerja asing, semua pihak harus memainkan peranan mereka dengan baik supaya hanya pekerja asing yang sah yang berada di negara. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan patutlah mengkaji segala aspek dari segi politik, sosial dan ekonomi supaya kemasukan pekerja asing ini dapat dimanfaatkan unuk pembangunan negara. Oleh itu,langkah yang drastic dan signifikan harus difikirkan bersama agar bilangan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia dapat di bending dengan jayanya.


25 ulasan:

  1. Sangat membantu kepada pelajar. ☺ terima kasih.

    BalasPadam
  2. Tq ...sangat membantu ....semoga ilmu awak diberkati

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Dahlah x pndi mengeja memaki plak tu.. takde adab ke?

      Padam
  4. Terima Kasih atas bantuan anda...😊😊😊

    BalasPadam
  5. mohon izin kongsi karangan ni dengan murid - murid.terima kasih

    BalasPadam
  6. sebuah karangan yang sangat menarik untuk dirujuk.terima kasih

    BalasPadam
  7. Terima kasih krn telah memudahkan urusan sy pd mlm ini....semoga kekal bermanfaat sehingga akhir hayat

    BalasPadam
  8. huaaaa<3 tpiiii knapa pekerja asing lebih berminat bekerja dlm sektor pembinaan?

    BalasPadam