Gaya hidup
masyarat Malaysia kini telah menjejaskan gaya pemakanan mereka. Salah satu
faktornya ialah kerana bilangan wanita bekerjaya semakin meningkat saban hari
yang menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri di rumah. Oleh
itu, solusi bagi masalah ini ramai yang memilih untuk membeli makanan segera
seperti Marry Brown, Pizza Hut, dan Burger King kerana mudah dan cepat
disediakan. Sekiranya diteliti dengan bijak mampukah makanan sebegini menyaingi
khasiat makanan yang di masak di rumah? atau hanya mampu memberi kelazatan
semata-mata. Hal ini bengitu membimbangkan, kerana kini rakyat Malaysia
menjadikan makanan segera sebagai trend dalam kehidupan tanpa memikirkan kesan
akibat pengambilan makanan tersebut.
Memang tidak dinafikan
kebanyakan makanan segara mempunyai rasa yang mampu menarik kita untuk
mencubanya. Selain itu, rasa makanan segera yang lazat juga menyebabkan
pengguna ketagih untuk menikmatinya terutama golongan kanak-kanak dan remaja.
Hal ini kerana, terdapat perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk
menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Contohnya, minuman cola amat
kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna kimia dan kafein
bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang nilai khasiat
tetapi disebabkan rasanya yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja
memilihnya sebagai minuman walhal mereka memerlukan nutrien yang tinggi dalam
pembesaran.
Kesibukan masyarakat terutamanya di
bandar kini telah mendorong mereka memilih makanan segera yang lebih mudah
disediakan. Pengguna lebih gemar membeli makanan yang telah siap tersedia
kerana setelah pulang dari bekerja mereka tidak perlu lagi menyiapkan makanan.
Dengan adanya restoran makanan segera seperti Baskin Robbins, MC Donald,
Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut telah memudahkan mereka untuk memilih
pelbagai sajian makanan. Selain itu, makanan yang ditin dan dipekkan juga
menjadi sajian harian kerana mereka hanya perlu memanaskan sahaja. Hal ini
menyebabkan pengguna tidak mempedulikan lagi makanan yang seimbang asalkan ia
menjimatkan masa dalam penyediaannya.
Kewujudan produk-produk makanan
segera yang kini dikatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan telah menarik
pengguna untuk memilih pelbagai makanan yang digemari. Hal ini kerana pelbagai
iklan telah di paparkan termasuk di dada- dada akhbar dan di kaca televisyen.
Iklan makanan segara dikatakan sangat kreatif yang mampu menarik minat si celik
dan dewasa.Produk makanan segera seperti mee segera, burger, sosej, kentang
goreng pula boleh didapati dimana-mana. Di perhentian bas, pasaraya, kantin
sekolah dan juga stesyen minyak turut menjual makanan seperti ini. Setiap
produk makanan terbaru yang dikeluarkan oleh rangkaian makanan segara telah
mendapat publisiti dan promosi yang meluas. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak mahu melepaskan
peluang untuk mencubanya sendiri.
Pelbagi kesan negative timbul akibat
pengambilan makanan segera. Otak sewajarnya lebih sihat. Peribahasa pun ada
menyatakan bahawa "otak yang cerdas berada pada tubuh badan yang
sihat". Walau bagaimanapun, kajian di Baycrest Centre di Universiti
Toronto, Kanada merumuskan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak.
Hal ini berdasarkan kandungan makanan segera yang mengandungi lebihan lemak
yang boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. Otak memerlukan
glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak
boleh mengganggu peranan glukosa. Kajian Profesor Greenwood dari Universiti
Toronto menunjukkan bahawa makanan segera mengandungi kadar lemak dan protein
yang tinggi serta kandungan karbohidrat yang rendah merupakan imbangan makanan
yang tidak sesuai untuk perkembangan otak manusia.
Corak pengambilan makanan yang
teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan,
"Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan". Corak pemakanan menentukan
keadaan kesihatan kita kerana gizi yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe membuat kajian
bahawa rakyat di Negara barat mempunyai corak pemakanan yang tidak menyihatkan
akibat makanan segera. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat
Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan terproses. Tanpa
pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui
saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui usus
dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan
mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam saluran tersebut dan
mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh. Selain itu, terdapat penyakit
berbahaya timbul angkara mekanan segera seperti penyakit kencing manis,
sembelit, obesiti, tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit
jantung dan juga kanser usus.
Mengapa sebenarnya makanan segera
atau terproses tidak digalakkan untuk diambil? Ini kerana ia mengandungi bahan
penambah yang berlebihan yang bertujuan untuk menambahkan kelazatan,
meningkatkan mutu dan memantapkan
kesegaran. Terdapat sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin
dalam makanan segera seperti burger, kentang goreng, ayam goreng dan
sebagainya. Namun, kebanyakan bahan tersebut, tinggi kandungan kalorinya,
direndam dalam lemak dan tinggi gula serta garam. Makanan tersebut kekurangan
serat dan kebanyakan vitamin serta zat galian yang perlu oleh tubuh. Dalam
hidangan itu, kekurangannya ialah keseimbangan zat makanan yang diperlukan bagi
setiap menu. Satu sajian makanan segera akan membekalkan kepada kita separuh
daripada kalori dan dua pertiga daripada lemak dan protein yang diperlukan
sepanjang hari. Seterusnya kita akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu
yang akan membentuk pemakanan yang lengkap dan seimbang.
Kesimpulannya, sekali lagi
ditegaskan bahawa makanan segera mempunyai kesan buruk kepada kesihatan jika
kita tidak bijak memilihnya dan mengambilnya secara berlebihan atau kerap. Oleh
itu, kita perlu mengamalkan pendekatan yang dianjurkan oleh Islam yang menggalakkan
bersederhana (wasatiah) walaupun dalam bab pemakanan. Ini kerana, terlalu
banyak mengambil makanan yang melebihi keperluan kita juga boleh menyebabkan
masalah kesihatan dan kurang mengambil makanan juga menampilkan kesan yang
buruk. Justeru, kita sebagai pengguna sepatutnya mampu serta bijak dalam
memilih makanan yang terbaik untuk diri kita serta mengutamakan sumber halal
agar kesihatan rohani kita juga terjamin.
Assalam Wahh . .Memang betul , makanan segera ni memang banyak sangat keburukannya .Sebenarnya ada lagi Masalah Makanan Segera Yang Ramai Orang Tak Alert!
BalasPadamAnda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)
Assalam Wahh . .Memang betul , makanan segera ni memang banyak sangat keburukannya .Sebenarnya ada lagi Masalah Makanan Segera Yang Ramai Orang Tak Alert!
BalasPadamAnda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)
blog yang menarik. mmg ramai sgt skrg ambil makanan segera sebagai makanan utama mereka kerana kesibukan urusan seharian.
BalasPadamsajala nak bagitahu harini stpm karangan keluar soalan ni 😭 taksemua sama tapi adalah isi isi yg saya tulis tu
BalasPadamsajala nak bagitahu harini stpm karangan keluar soalan ni 😭 taksemua sama tapi adalah isi isi yg saya tulis tu
BalasPadamYeee doo🤣🤣
PadamDah lah memang Kene reapet paper balik��
BalasPadam