Ahad, 27 September 2015

CINTA DAERAH WARISAN…. TANAH KERAMAT


Damai warisan tanah leluhur
Terpelihara tempat lahirnya anak bangsa
Dalam kemarau bermusin
Disini lahirnya sebuah cinta
Namun kerecikan api keretakan
Perpaduan, keamanan dipermainkan
Dalam maruah sebuah negara

Pohon tegak bersamar
Pandangannya hijau mengenal erti merdeka
Mengutip hasil dari sejarah
Apa erti merdeka semalam….

Singkapan sejarah merdeka direguk payau
Banjiran kerah petualang
Simbahan darah pejuang
Mencari daerah warisan
Demi kasih buat anak bangsa

Diusap dari lelah kesetiaan
Menghayun tubuh penuh jiwa
Dalam peluh dan keringat sang pejuang...
Merdeka negara kerana jasa mereka

Kalau esok perjuangan ini sudah tiada
Apa ertinya kemerdekaan
Dimamah amanat pejuang
Hilanglah sebuah daerah warisan…
Tanah keramat


Mata-mata jahil sedang padu terarah
Mencari punahnya perpaduan
Menyimpul tali kianat
Demi musnah tanah keramat…
Daerah warisan

Jangan dilempar kembali sejarah
Nanah yang baru terubat jangan ditambah
Dimana bias kita hidu wanginya cinta…
Juka bukan di daerah warisan
Tanah keramat ini

Anak bangsa…, ayuh bangun kalian!!!
Dalam lari berbaja kasih
Dalam daerah warisan… tanah keramat
Padukan perpaduanmu
Kukuhkan barisanmu
Kira rebut menghujam benteng…
Jangan melutut pada serigala hitam
Jangan dibiar gilanya liar
Mengigit-gigit kembali sejarah

Daerah warisanku…
Tanah keramat berdaulat
Tempat tumpahnya darahku
Disini terbina sebuah tamadun
Biar terkorban tubuh-tubuh kaku dahulu
Demi sebuah warisanku berdaulat
Kerana disini lahirnya sebuah cinta…


12:28 am
26 Ogos 2014/ 30 Syawal 1435
176 Felda Kerteh 05, Bandar Ketengah Jaya, 23300 Dungun, Terengganu.

“ Terkadang kita belajar dari sejarah tamadun, tetapi tanpa sedar tamadun itu terbina kerana belajar kita dari pengalaman dalam membentuk sebuah tamadun...
Tidak salah menjadikan sejarah sebagai pengalaman, tetapi sebaik-baik pengalaman adalah mereka yang membina sejarah yang cemerlang biar jatuh dalam sejarah lalu tetapi bangun dalam mengajar sejarah yang baharu…”
                                                                                                  Pencinta Puisi  -SHAHISA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan