Isnin, 25 November 2013

FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN PENDATANG ASING TANPA IZIN KE MALAYSIA



          Pendatang asing terbahagi kepada pendatang asing yang datang dengan izin, iaitu dengan menggunakan dokumen yang sah dan pendatang asing yang datang ke Negara ini tanpa izin iaitu tanpa dokumen yang sah. Kedatangan pendatang asing semakin ketara pada tahun 1980-an. Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Mejoriti mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Kebanjiran pendatang asing sama ada secara sah atau pun haram memberikan impak dan telah menimbulkan kebimbangan kepada Negara. Kedatangan pendatang asing tanpa izin disebabkan pelbagai faktor yang mendorong tarikan mereka untuk datang ke Malaysia.

         Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.

          Di samping itu, faktor-faktor kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia ialah permintaan buruh tidak mahir yang tinggi merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Permintaan tinggi datangnya dari sektor perladangan dan pembinaan. Menurut kajian Persatuan Bersatu Malaysia (UPAM), sektor perladangan kelapa sawit dan getah mengalami kerugian pendapatan sebanyak RM370juta antara tahun 1980 hingga 1985 disebabkan kekurangan pekerja. Sektor pembinaan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak rentetan daripada pembangunan pesat Negara. Rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja di dalam sektor pertanian dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membuka peluang kemasukan buruh asing ke Malaysia.

         Kestabilan ekonomi Negara juga merupakan salah satu faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan melebihi 8% untuk lapan tahun berturut-turut didorong antara lain kepesatan bidang ekonomi berkaitan dengan perindustrian, perladangan dan perkhidmatan. Tenaga buruh amat diperlukan di Malaysia. Hingga Mac 1993, seramai 444000 orang buruh asing telah masuk ke Malaysia. Sementara itu, seramai 886000 buruh asing telah masuk ke Malaysia secara tidak sah antara bulan Jun 1991 hingga September 1994.      

          Faktor lain ialah dasar kerajaan terhadap pekerja asing juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Kerajaan turut membenarkan kemasukan sesetengah pekerja asing ke Malaysia untuk bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan permintaan buruh terpaksa dipenuhi untuk meneruskan aktiviti perekonomian dan mengelakkan kerugian dalam sektor-sektor tertentu. Pada bulan Mei 1984, kerajaan menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Indonesia tentang penawaran tenaga kerja dengan had tempoh bekerja selama dua tahun. Tambahan pula, keperluan negara juga terhadap permintaan ke atas tenaga buruh mahir masih tinggi di Malaysia akibat keperluan kepakaran dalam bidang teknologi, perubatan, teknologi maklumat, ekonomi dan sebagainya. Keperluan mereka diperlukan untuk membolehkan rakyat tempatan menimba pengalaman, pengetahuan dan membantu pembangunan Negara dalam menuju era globalisasi.

         Sikap majikan dan pengusaha juga merupakan faktor tarikan kemasukan pekerja asing dalam negara. Golongan ini kebanyakannya lebih berminat mengupah buruh asing yang lebih murah dari Indonesia, Filipina dan Thailand. Majikan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar KWSP dan insurans, ganti rugi atau pampasan kerana pekerja asing tidak diperuntukkan di bawah Akta Buruh. Pekerja asing yang tidak berdaftar juga tidak akan membuat aduan kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa. Majikan juga boleh memberhentikan mereka pada bila-bila masa.

         Faktor yang menyebabkan mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Di Negara asal pekerja asing, penawaran buruh melebihi permintaan. Keadaan ini menyebabkan upah yang lebih rendah. Contohnya, di Indonesia, pekerja ladang dibayar 2000 rupiah, iaitu lebih kurang RM3 sehari. Kos hidup yang tinggi menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi dan seterusnya mendorong mereka berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan pembayaran upah yang lebih tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan.

          Kesimpulan, pelbagai faktor yang telah membawa kedatangan pekerja asing ke Malaysia. Tidak dinafikan  ada kebaikan dan keburukannya kedatangan mereka. Namun demi menyelesaikan masalah pekerja asing, semua pihak harus memainkan peranan mereka dengan baik supaya hanya pekerja asing yang sah yang berada di negara. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan patutlah mengkaji segala aspek dari segi politik, sosial dan ekonomi supaya kemasukan pekerja asing ini dapat dimanfaatkan unuk pembangunan negara. Oleh itu,langkah yang drastic dan signifikan harus difikirkan bersama agar bilangan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia dapat di bending dengan jayanya.


FAKTOR TARIKAN RAKYAT MALAYSIA MEMILIH MAKANAN SEGERA DAN KESAN NEGATIF PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA

  Gaya hidup masyarat Malaysia kini telah menjejaskan gaya pemakanan mereka. Salah satu faktornya ialah kerana bilangan wanita bekerjaya semakin meningkat saban hari yang menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri di rumah. Oleh itu, solusi bagi masalah ini ramai yang memilih untuk membeli makanan segera seperti Marry Brown, Pizza Hut, dan Burger King kerana mudah dan cepat disediakan. Sekiranya diteliti dengan bijak mampukah makanan sebegini menyaingi khasiat makanan yang di masak di rumah? atau hanya mampu memberi kelazatan semata-mata. Hal ini bengitu membimbangkan, kerana kini rakyat Malaysia menjadikan makanan segera sebagai trend dalam kehidupan tanpa memikirkan kesan akibat pengambilan makanan tersebut.

                    Memang tidak dinafikan kebanyakan makanan segara mempunyai rasa yang mampu menarik kita untuk mencubanya. Selain itu, rasa makanan segera yang lazat juga menyebabkan pengguna ketagih untuk menikmatinya terutama golongan kanak-kanak dan remaja. Hal ini kerana, terdapat perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Contohnya, minuman cola amat kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna kimia dan kafein bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang nilai khasiat tetapi disebabkan rasanya yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya sebagai minuman walhal mereka memerlukan nutrien yang tinggi dalam pembesaran.

          Kesibukan masyarakat terutamanya di bandar kini telah mendorong mereka memilih makanan segera yang lebih mudah disediakan. Pengguna lebih gemar membeli makanan yang telah siap tersedia kerana setelah pulang dari bekerja mereka tidak perlu lagi menyiapkan makanan. Dengan adanya restoran makanan segera seperti Baskin Robbins, MC Donald, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut telah memudahkan mereka untuk memilih pelbagai sajian makanan. Selain itu, makanan yang ditin dan dipekkan juga menjadi sajian harian kerana mereka hanya perlu memanaskan sahaja. Hal ini menyebabkan pengguna tidak mempedulikan lagi makanan yang seimbang asalkan ia menjimatkan masa dalam penyediaannya.

          Kewujudan produk-produk makanan segera yang kini dikatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan telah menarik pengguna untuk memilih pelbagai makanan yang digemari. Hal ini kerana pelbagai iklan telah di paparkan termasuk di dada- dada akhbar dan di kaca televisyen. Iklan makanan segara dikatakan sangat kreatif yang mampu menarik minat si celik dan dewasa.Produk makanan segera seperti mee segera, burger, sosej, kentang goreng pula boleh didapati dimana-mana. Di perhentian bas, pasaraya, kantin sekolah dan juga stesyen minyak turut menjual makanan seperti ini. Setiap produk makanan terbaru yang dikeluarkan oleh rangkaian makanan segara telah mendapat publisiti dan promosi yang meluas. Hal ini  menyebabkan masyarakat tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri.

           Pelbagi kesan negative timbul akibat pengambilan makanan segera. Otak sewajarnya lebih sihat. Peribahasa pun ada menyatakan bahawa "otak yang cerdas berada pada tubuh badan yang sihat". Walau bagaimanapun, kajian di Baycrest Centre di Universiti Toronto, Kanada merumuskan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak. Hal ini berdasarkan kandungan makanan segera yang mengandungi lebihan lemak yang boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa. Kajian Profesor Greenwood dari Universiti Toronto menunjukkan bahawa makanan segera mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi serta kandungan karbohidrat yang rendah merupakan imbangan makanan yang tidak sesuai untuk perkembangan otak manusia.

          Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan". Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana gizi yang tidak teratur memburukkan kesihatan. Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe membuat kajian bahawa rakyat di Negara barat mempunyai corak pemakanan yang tidak menyihatkan akibat makanan segera. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan terproses. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui usus dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam saluran tersebut dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh. Selain itu, terdapat penyakit berbahaya timbul angkara mekanan segera seperti penyakit kencing manis, sembelit, obesiti, tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung dan juga kanser usus.

            Mengapa sebenarnya makanan segera atau terproses tidak digalakkan untuk diambil? Ini kerana ia mengandungi bahan penambah yang berlebihan yang bertujuan untuk menambahkan kelazatan, meningkatkan mutu dan  memantapkan kesegaran. Terdapat sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin dalam makanan segera seperti burger, kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya. Namun, kebanyakan bahan tersebut, tinggi kandungan kalorinya, direndam dalam lemak dan tinggi gula serta garam. Makanan tersebut kekurangan serat dan kebanyakan vitamin serta zat galian yang perlu oleh tubuh. Dalam hidangan itu, kekurangannya ialah keseimbangan zat makanan yang diperlukan bagi setiap menu. Satu sajian makanan segera akan membekalkan kepada kita separuh daripada kalori dan dua pertiga daripada lemak dan protein yang diperlukan sepanjang hari. Seterusnya kita akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu yang akan membentuk pemakanan yang lengkap dan seimbang.

            Kesimpulannya, sekali lagi ditegaskan bahawa makanan segera mempunyai kesan buruk kepada kesihatan jika kita tidak bijak memilihnya dan mengambilnya secara berlebihan atau kerap. Oleh itu, kita perlu mengamalkan pendekatan yang dianjurkan oleh Islam yang menggalakkan bersederhana (wasatiah) walaupun dalam bab pemakanan. Ini kerana, terlalu banyak mengambil makanan yang melebihi keperluan kita juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan kurang mengambil makanan juga menampilkan kesan yang buruk. Justeru, kita sebagai pengguna sepatutnya mampu serta bijak dalam memilih makanan yang terbaik untuk diri kita serta mengutamakan sumber halal agar kesihatan rohani kita juga terjamin.






Selasa, 8 Oktober 2013

KONSPIRASI KUPU-KUPU MALAM

Kupu-kupu malam
Pemikiranmu yang jahil
Perosak umat dalam berkurun
Agenda berdarah bagaikan pendamaian

Engkau kupu-kupu malam
Bersayap gelap mengkabur mata-mata lalai
Penyambut kedatangan serigala bermata tiga
Pemesong landskap pemikiran
Menghancur ketamadun peradaban manusia…..

Konspirasimu
Bersama perisik-perisik nyanyukmu…zionis
Engkau tertidur didunia
yang telah berkurun wujudnya
Menjadi boneka yahudi

Kebodohanmu sang kupu-kupu malam
Inskripsi pemusuhan adalah dalil kolot
Pemusnahan berkaca ditiap penjuru bermata tiga
Mampir menyeru konco-konco
Yang sesat dalam jahil berpanjangan
Dalam kebingungan yang tak berputus
Di lingkaran penjuru ngauman serigala zalim

Kupu-kupu malam
Konspirasi beragenda busuk
Mengkhabarkan pendamaian buat semua
Umpama merpati hitam
Mencengkam setiap jiwa-jiwa berserukan kelalaian
Dalam celahan hutanan kezaliman
Mecipta inskripsi perjanjian
Pemabukan darah kaum muslimin
Dalam cengkaman sekutumu zionis

Kealpaan terhadap maruahmu sendiri
Mencalar setiap dalil-dalil jahil konspirasimu
Kupu-kupu malam penebar sayap
menghayut bangsa yang terlalai
Dalam daerahmu sekutumu…..zionis
Kau Kupu-kupu malam
Bagaikan pepatung tiada tujuan
Menanti sang mata juling muncul
Iaitu serigala cacat bermata satu
Penyambut bencana besar dalam sebuah peradaban
Bagaikan boneka kawalan
Mengawal setiap rencana rekaaan
Mengawal dirimu sendiri
Yang tak punya identiti
Dalam kronologi hidup yang tersesat
Sedangkan kematianmu jua pasti
Telah kau ketahui nerakakan menanti
Menjilat darah-darah kezalimanmu didunia
Dalam Kesombonganmu yang membabi buta
Tiada aturan dalam keangkuhanmu menongkat langit
Engkau lupa pada PENCIPTA
Dalam kegilaanmu merencana
Konspirasi zalim dalam tebaran-tebaran
Kupu-kupu hitam yang kecil
Merenggut siap roh-roh
yang bernyawa dalam mayatnya sendiri

engkau angkuh bersekutu taghut
mengaku raja peramal masa
sedang kau boneka yang terulit leka
kau pelakonnya
melakonkan watak utama dalam skrip yahudi
menjadi kera kepada jelmaan kejahilan
buat sang bermata juling
yang dahagakan kehancuran dunia

Dalam topengmu kupu-kupu malam
Menghipotisis setiap minda zionis
ukiran senyuman  pembawa kedamaian
yang membodohkan bangsa-bangsa yang terlalai
untuk bangkit bersama kejahilanmu yang maha sesat

konspirasi pemesongan pengikut sang bermata juling
dalil inskripsi rekaan jijik
berotakkan hanyir
dengan ideologis yang busuk
dalam longgokan bangkai sekutumu

Engkau kupu-kupu malam
Fenomena yang menjijikkan dunia
Melukis darahmu sendiri
Diatas kanvas kotor berdebu
Taburan hampas konspirasi sekutumu
Zionis dan serigala bermata tiga…………..


Renungan bersama….
“Yahudi mendirikan pemerintahan rahsia untuk menguasai DUNIA…..Dalam kejahilan menyambut kedatangan  dajal, pembawa bencana perosak jiwa-jiwa kecil nan lalai…”

Sesungguhnya Mansuniyah club(parti penyambut dajal) yang tesebar di seluruh dunia ini,  mereka terus melakukan gerakan terobosan pada ketika manusia terlena dan bergerak sebagai batu loncatan dari obsesi yahudi dalam menakluk dunia untuk dihadiahkan dengan kelalaian manusia untuk pemimipin yahudi dan sekutunya iaitu serigala bermata satu bertaringkan kezaliman yang dilaknat Allah…..

Allah Maha mengetahui setiap aturannya……
Semoga saudara dan saudari, muslimim dan musliamh sentiasa didalam perlindungannya dan terhindar dari fitnah dajal….

“ Hai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”
                                                                                               Surah Al-Imran:102












Jumaat, 21 Jun 2013

SEKILAS INGATAN BUAT SAUDARA/SAUDARI......


Assalamualaikum....
Dikala dunia kian di akhir pertemuan, sebelum kiamat kecil(kematian) menghampiri, hamba yang menulis ini ingin berkongsi sedikit coretan kasih buat sekalian...sebagai ingatan bersama saudara seislamku.
Sesungguhnya tiada sesaat pun atau terlambat sedikit pun detik perhitungan waktu, jika telah tertakdir kematian tiba, maka jadilah ia…
Apabila datang sebuah kematian tiada yang lebih baik melainkan mati dalam keadaan beriman. namun bagaimana pula mereka yang telah pergi dalam sebaliknya:-

1. Isteri tidak mendengar kata suami
2. Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa
3. Orang tidak lagi berzakat dan tidak berbuat kebajikan
4. Anak yang menderhaka kepada orang tuanya
5. Pemimpin yang menindas rakyatnya

Astaghfirullah, Allahuakbar, Allah Maha besar, tiada daya hamba yang kerdil ini menanggung sendiri noda-noda dosa yang terpalit dalam coretan suratan amalan....Moga Allah, mengampuni segala dosa kita semua sebelum hari penghabisan(qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala...
Maka sebelum, takdir itu menjemput kita,..
-Berselawatlah untuk junjungan nabi kita Muhammad SAW
-Bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka
-Bersembahyanglah
-Berzakat jangan ditinggalkan
-Sentiasa redha dan bersyukur akan kurnia-Nya
-Menunaikan Fardhu haji apabila berkemampuan
-Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa dan sentiasalah kita berbakti pada mereka

Jangan sia-siakan nikmat kehidupan kini, ambillah peluang untuk  memperoleh hidayah dan pahalanya  moga kita semua memperoleh keredhaan dan syurgaNya…. InsyaAllah jalan menemuai hidayahNya cukup dekat bagi hambanya yang sentiasa mencari cintaiNya…...
Alhamdulillah, semoga dengan tinta hamba ini, dapat memberi manfaat pada pembaca blog yang lain. InsyaAllah, jika panjang umur... moga kita bertemu. Moga saudara semua sentiasa dalam rahmatNya.
Cintai Allah, Cintai Rasul, cintai ibubapa, cintai guru dan saudara,
Jangan lupakan solat, Jauhi maksiat, Moga hidup berkat , InsyaAllah bahagia dunia & akhirat….Amin.

WASSALAM…….

Isnin, 8 April 2013

mencintai ilmu


Assalamualaikum…..
Cuti yang panjang, banyak waktu yang tersia, melainkan aktiviti yang berfaedah. ketika di waktu lapang, jadikan buku teman rapat. Tidak kiralah yang berjeniskan ilmiah, mahupun novel. Asalkan boleh menambahkan ilmu,..... itu bermanfaat.
aishah ingin kongsi sedikit sebanyak pengalaman Aishah dalam pembacaan. Jenis buku yang sering menjadi perhatian Aishah ketika berkunjung ke perpustakaan ialah novel. Novel memang tidak boleh dipisahkan lagi dari kehidupan Aishah. Minat yang mendalam itu, tumbuh sejak ketika umur 10 tahun. Mula meminati cerpen2 dan koleksi cerita kanak2 sejak kecil. Malah semakin berkembang hingga kini dan mula membaca novel ketika tingkatan 2. Minat ini, dikongsi bersama Kakak tersayang. Melalui beliau, Aishah mula berjinak meminati novel dan menulis cerpen serta puisi. 
Berkaitan dengan novel, sudah pelbagai jenis novel yang menjadi koleksi memori pembacaan Aishah, antaranya, novel cinta, triller, dan islamik. Dulu pada mula berjinak membaca novel, semestinya novel cinta menjadi koleksi pembacaan. Namun sejak tingkatan 4, minat terhadap novel cinta mula memudar, kini novel islamik lebih dekat dengan Aishah, kerana ilmu yang terdapat didalamnya teramat penting bagi kita yang menjalani kehidup sehari2. Berbicara tentang novel islamik, antara penulis  yang sering menjadi perhatian Aishah ialah Habiburrahman El-Syirazy dan Fatimah Sharha Noordin. Biarpun bernovelkan islamik, namun karya mereka lebih santai dengan kupasan ilmu tentang kehidupan yang bersyariat, banyak membantu para pembaca mengetahui sedikit sebanyak persoalan yang menjadi kekeliruan. 
Alhamdulillah, melalui novel tersebut tidak terkecuali tempiasnya terhadap Aishah sendiri. Novel islamik ini banyak mentarbiahkan diri. Kupasan yang berbentuk dakwah didalam novel2 mereka membantu Aishah untuk lebih mencintai islam dan Allah. Cetusan psikologi yang terbit melalui karya2 mereka, cukup membuatkan hati ini tertarik untuk lebih mendalami islam,  malahan mengajar kita erti cinta  Agung. Novel nukilan saudari Fatimah Sharha bersama suaminya yang bertajuk “ Cinta High Class dan cintaku pada Agamamu” dan novel solonya iaitu “ Sebarkan Cintamu”. Novel nan santai dalam menghuraikan isu2 semasa berkenaan remaja dalam meniti realiti kehidupan yang merangkum aspek kekeluargaan, percintaan, sosial dan kerohanian.
Namun rasanya tidak cukup hanya dengan novel, Aishah juga ingin berkongsi minat Aishah terhadap buku2 yang berunsurkan ilmiah. Buku yang banyak membongkar persoalan2  yang terhijab daripada batasan fikiran dan hanya melalui pembongkaran yang diizinkan Allah dapat dibuka dan dileraikan melalui ilmu2Nya dan diberikan kepada manusia2 yang dipilih untuk membincangkan kebenaran  berselubung  hijab. Aishah amat bersyukur atas nikmatnya, kerana diberi peluang serta pengalaman dalam pembacaan buku berilmiah ini. Ada beberapa jenis buku yang sangat Aishah gemari. Antaranya, buku saudara Muhammad Alexander yang bertajuk “Yakjuj dan Makjuj bencana disebalik Gunung”, buku yang begitu terperinci tentang fakta2 kewujudan makhluk ciptaanNya ini. Pelbagai analogi yang terdapat didalam buku ini, membantu untuk kita memahami…. Mungkin berat untuk pembacaan kita kerana fakta2nya diluar jangkaan pemikiran namun kepelbagaian analisnya yang ringkas mungkin membantu untuk kita memahami. Jika ada yang mengatakan buku ini berat untuk difahami namun apakah kita terfikir? jika tidak membaca, rasanya lagi berat untuk ditelahkan oleh pemikiran?  Jadi ambil peluang ini untuk merungkai pelbagai persoalan2 tentang kewujudannya itu. 
Firman Allah dalam surah Al-‘Alaq, ayat 1 hingga 5: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekaliaan makhluk). Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia  apa yang tidak diketahuinya”.
justeru itulah, menuntut ilmu itu fardu bagi kita semua. Ambillah peluang untuk membaca. Tidak ada manusia yang terdidik tanpa dididik dan tiada manusia yang berilmu tanpa ilmu. Jangan sia2kan nikmat ini, ambil peluang mencari jalan ilmu untuk menuju taman2 syurga …. InsyaAllah jalan menemuai hidayahNya cukup dekat bagi hambanya yang sentiasa mencintai ilmu…...
Alhamdulillah, semoga dengan tinta2 Aishah ini dapat memberi manfaat pada pembaca blog yang lain. InsyaAllah, jika panjang umur... moga kita bertemu lagi didalam dunia pena ini.
Cintai Allah, Cintai Rasul, cintai ibubapa, cintai guru dan saudara, 
Jangan lupakan solat, Jauhi maksiat, Moga hidup berkat , InsyaAllah bahagia dunia & akhirat….Amin.
WASSALAM…….

Ahad, 24 Februari 2013

Wanita Perindu Syurga

Assalamualaikum......

Buat sahabat seperjuangan......
Indahnya hidup berteman
bersama berjuangan dalam perjuangan jihadNya.
kasih mengharum menyubur dalam perjalanan suci

buat temanku yang bernama wanita
dunia pesona indahmu
mengharum setiap lukisan
hatimu suci berwarna kasih
dalam buana indah ciptaan Ilahi...

bergelombang penuh kesenggsaraan
keganasan hidup merantai kejernihan
dalam kesayuan engkau merintih
menginginkan kelembutan dunia

pesona islam engkau cari
dalam tautan akidah yang tertegak
kau cuba menjernihkah kekeruhan yang tersirat

namun haruman tertebar
disebalik pesona dunia
mencari kekuatan iman
perjuangannya yang bersama redhaNya
sungguh dia menginginkan takdir yang indah
agar perjuangannya dalah hidayah Ilahi

**********************************
Pesanan Tinta Shahisa untuk teman2,
jagalah hati kita untuk CINTANYA....
keikhlasan dan kejujuran dalam mendekati dan mencari kasihNya
InsyaAllah redhanya pada setiap perjalanan kita

UNTUK WANITA
"Jadilah bunga yang pesonanya itu terbit dalam yang tersirat kerana bunga itu tidak harum namun baunya sukar dibeli"

wassalam.