Assalamualaikum…..
Cuti yang panjang, banyak waktu yang tersia, melainkan aktiviti yang berfaedah. ketika di waktu lapang, jadikan buku teman rapat. Tidak kiralah yang berjeniskan ilmiah, mahupun novel. Asalkan boleh menambahkan ilmu,..... itu bermanfaat.
aishah ingin kongsi sedikit sebanyak pengalaman Aishah dalam pembacaan. Jenis buku yang sering menjadi perhatian Aishah ketika berkunjung ke perpustakaan ialah novel. Novel memang tidak boleh dipisahkan lagi dari kehidupan Aishah. Minat yang mendalam itu, tumbuh sejak ketika umur 10 tahun. Mula meminati cerpen2 dan koleksi cerita kanak2 sejak kecil. Malah semakin berkembang hingga kini dan mula membaca novel ketika tingkatan 2. Minat ini, dikongsi bersama Kakak tersayang. Melalui beliau, Aishah mula berjinak meminati novel dan menulis cerpen serta puisi.
Berkaitan dengan novel, sudah pelbagai jenis novel yang menjadi koleksi memori pembacaan Aishah, antaranya, novel cinta, triller, dan islamik. Dulu pada mula berjinak membaca novel, semestinya novel cinta menjadi koleksi pembacaan. Namun sejak tingkatan 4, minat terhadap novel cinta mula memudar, kini novel islamik lebih dekat dengan Aishah, kerana ilmu yang terdapat didalamnya teramat penting bagi kita yang menjalani kehidup sehari2. Berbicara tentang novel islamik, antara penulis yang sering menjadi perhatian Aishah ialah Habiburrahman El-Syirazy dan Fatimah Sharha Noordin. Biarpun bernovelkan islamik, namun karya mereka lebih santai dengan kupasan ilmu tentang kehidupan yang bersyariat, banyak membantu para pembaca mengetahui sedikit sebanyak persoalan yang menjadi kekeliruan.
Alhamdulillah, melalui novel tersebut tidak terkecuali tempiasnya terhadap Aishah sendiri. Novel islamik ini banyak mentarbiahkan diri. Kupasan yang berbentuk dakwah didalam novel2 mereka membantu Aishah untuk lebih mencintai islam dan Allah. Cetusan psikologi yang terbit melalui karya2 mereka, cukup membuatkan hati ini tertarik untuk lebih mendalami islam, malahan mengajar kita erti cinta Agung. Novel nukilan saudari Fatimah Sharha bersama suaminya yang bertajuk “ Cinta High Class dan cintaku pada Agamamu” dan novel solonya iaitu “ Sebarkan Cintamu”. Novel nan santai dalam menghuraikan isu2 semasa berkenaan remaja dalam meniti realiti kehidupan yang merangkum aspek kekeluargaan, percintaan, sosial dan kerohanian.
Namun rasanya tidak cukup hanya dengan novel, Aishah juga ingin berkongsi minat Aishah terhadap buku2 yang berunsurkan ilmiah. Buku yang banyak membongkar persoalan2 yang terhijab daripada batasan fikiran dan hanya melalui pembongkaran yang diizinkan Allah dapat dibuka dan dileraikan melalui ilmu2Nya dan diberikan kepada manusia2 yang dipilih untuk membincangkan kebenaran berselubung hijab. Aishah amat bersyukur atas nikmatnya, kerana diberi peluang serta pengalaman dalam pembacaan buku berilmiah ini. Ada beberapa jenis buku yang sangat Aishah gemari. Antaranya, buku saudara Muhammad Alexander yang bertajuk “Yakjuj dan Makjuj bencana disebalik Gunung”, buku yang begitu terperinci tentang fakta2 kewujudan makhluk ciptaanNya ini. Pelbagai analogi yang terdapat didalam buku ini, membantu untuk kita memahami…. Mungkin berat untuk pembacaan kita kerana fakta2nya diluar jangkaan pemikiran namun kepelbagaian analisnya yang ringkas mungkin membantu untuk kita memahami. Jika ada yang mengatakan buku ini berat untuk difahami namun apakah kita terfikir? jika tidak membaca, rasanya lagi berat untuk ditelahkan oleh pemikiran? Jadi ambil peluang ini untuk merungkai pelbagai persoalan2 tentang kewujudannya itu.
Firman Allah dalam surah Al-‘Alaq, ayat 1 hingga 5: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekaliaan makhluk). Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”.
justeru itulah, menuntut ilmu itu fardu bagi kita semua. Ambillah peluang untuk membaca. Tidak ada manusia yang terdidik tanpa dididik dan tiada manusia yang berilmu tanpa ilmu. Jangan sia2kan nikmat ini, ambil peluang mencari jalan ilmu untuk menuju taman2 syurga …. InsyaAllah jalan menemuai hidayahNya cukup dekat bagi hambanya yang sentiasa mencintai ilmu…...
Alhamdulillah, semoga dengan tinta2 Aishah ini dapat memberi manfaat pada pembaca blog yang lain. InsyaAllah, jika panjang umur... moga kita bertemu lagi didalam dunia pena ini.
Cintai Allah, Cintai Rasul, cintai ibubapa, cintai guru dan saudara,
Jangan lupakan solat, Jauhi maksiat, Moga hidup berkat , InsyaAllah bahagia dunia & akhirat….Amin.
WASSALAM…….